Saturday, December 6, 2008

Bank Simpanan Nasional

Perkhidmatan Bank Simpanan di Malaysia bermula pada akhir kurun yang ke 19. Bank-bank yang pertama sekali iaitu Bank Simpanan Negeri Perak ditubuhkan dalam tahun 1888 dan Bank Simpanan Negeri Selangor ditubuhkan dalam tahun 1893 telah ditadbirkan oleh Perbendaharaan negeri-negeri yang berkenaan sehingga bank-bank itu diambil alih oleh Jabatan Pos. Dalam tahun 1907 Bank Simpanan Negeri Perak dan Selangor dimansuhkan dan diletak di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang juga memberi perkhidmatan di Negeri Sembilan dan Pahang.

Pada ketika itu ia mempunyai 3,320 orang penyimpan dengan jumlah wang hanya lebih kurang RM340,000 dalam kredit mereka.

Perkhidmatan Bank Simpanan yang berasingan di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri-Negeri Selat juga telah wujud di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura pada tahun 1902, manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah pun mempunyai Bank Simpanan Pejabat Pos masing-masing beberapa tahun sebelum Perang Dunia yang Kedua.

Semenjak tahun 1949 wang simpanan dalam Bank Simpanan Pejabat Pos telah semakin bertambah. Dalam tahun itu ianya mempunyai 229,652 orang penyimpan dengan jumlah kredit sebanyak RM47.2 juta. Pada masa pelancarannya 5 Disember 1974, Bank Simpanan Nasional Malaysia mempunyai lebih daripada 2.5 juta orang penyimpan.


Jumlah wang yang terkumpul dalam bank ini adalah melebihi RM537 juta. Dari jumlah ini lebih dari RM526 juta telah dilaburkan dalam sekuriti-sekuriti kerajaan. Jumlah dalam kredit penyimpan-penyimpan ialah melebihi RM511 juta. Pada akhir tahun 1981, Bank ini mempunyai 4.3 juta penyimpan dengan jumlah simpanan terkumpul sebanyak lebih RM1.2 bilion.

Dengan tertubuhnya Bank Simpanan Nasional, satu babak baru telah tercipta dalam sejarah institusi simpanan wang di Negara ini. Akta Bank Simpanan Nasional 1974 memperuntukkan pemindahan kuasa pengurusan dari Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Lembaga Pengarah yang mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab mengenai perjalanan bank ini mengikut tujuan Akta tersebut.


KEMAJUAN


Dalam tahun pertama urusannya semenjak menjalankan fungsi-fungsi Bank Simpanan Pejabat Pos pada 1 Disember 1974. Bank Simpanan Nasional telah menumpukan usaha-usahanya kepada penyusunan semula dan penyelarasan organisasi serta memudahkan peraturan-peraturan supaya dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada penyimpan-penyimpannya di setiap pelosok Negara.

Bagi mencapai tujuan ini Bank ini telah membahagikan kuasa pentadbiran dan kawalan ke atas kegiatannya dengan menubuhkan pejabat-pejabat cawangan sendiri di bandar-bandar besar di seluruh Negara. Di kawasan yang tidak memerlukan pejabat cawangan, pejabat-pejabat pos dan pos bergerak dengan kemudahan bank simpanan terus digunakan untuk menggerakkan tabungan.

Dalam pada itu, kempen publisiti yang giat untuk menyemaikan tabiat berjimat-cermat dan suka menyimpan wang di kalangan orang ramai telah dijalankan pada peringkat nasional. Bahagian Perhubungan dan Pemasaran Bank ini telah ditubuhkan untuk mengatur lawatan-lawatan ke sekolah-sekolah, pusat-pusat perniagaan dan balai-balai raya untuk menerangkan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh bank ini dan untuk menarik lebih ramai penyimpan.

Bank ini terus memberi khidmat kepada penyimpan-penyimpannya melalui 526 pejabat pos, termasuk 135 unit pos bergerak yang bertindak sebagai ejen-ejen kepada Bank. Tabungan bersih dengan bank ini dalam tahun 1975 bertambah sebanyak 6.2 peratus atau RM32.5 juta.

Dalam tahun 1976, Bank ini telah menambah tiga buah lagi unit bergerak menjadikan bilangan unit bergerak kepada lima. Unit-unit ini bersama-sama dengan rangkaian pejabat pos sebagai agen-agen Bank, telah membolehkan Bank Simpanan Nasional menyediakan perkhidmatan yang lebih luas kepada para penyimpannya terutamanya yang dari luar Bandar.


Abg sham mula menjadi warga BSN sejak 1996 hinggalah kini. Pernah bertugas di BSN cawangan Utama Negeri Perak, Caw. Bidor, Caw. Cameron Highlands, Caw. Manong, Caw. Kuala Kangsar. Caw. Taiping dan Selama.

Antara jawatang dan tugas abang sham, Peg Kerani kaunter, Peg Penyelia BSN Cawangan, Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Peg. Recovery. Banyak tugas-tugas rasmi dan dan tidak rasmi BSN.

Seringkali menjadi pengantara BSN dalam majlis-majlis BSN antaranya DJ sure Heboh, MC Hari keluarga BSN, MC Karnival Cabutan Sijil SImpanan Premium BSN dan mcm2 lagi.. Kemahiran berkomunikasi menjadikan abang Sham dikenali rakan-rakan dalam BSN dan juga luar BSN

Monday, December 1, 2008

Seven Sense Music Enterprise


Syarikat ini adalah syarikat perkongsian Abg Sham dengan 7 org lagi DJ-DJ popular Taiping. Syarikat ini merupakan syarikat Konsoltium DJ yang mana syarikat ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Public Performence Malaysia (PPM). PPM adalah syarikat perlesenan penyiaran seluruh Malaysia.. Hingga kini hanya 8 org DJ bernaung dibawah nama SSME. Bermacam program atau acara yang telah di anjurkan oleh setiap DJ-DJ.. Diatas nama SSME gabungan DJ-DJ ini satu program besar akan diadakan di Taiping Sentral pada bulan Februari iaitu Pertandingan Karaoke Terbuka Taiping 2009. Hadiah menarik berupa wang tunai menanti setiap peserta..

Maklumat lanjut;
Hubungi ; - DJ SHAM 019-5534456

Pujangga Ilham Enterprise (PIE)


Pujangga Ilham Enterprise (PIE) adalah syarikat abg Sham yang pertama. Pada asalnya abang sham menjalankan perniagaan perkhidmatan DJ dan MC untuk sebarang majlis.. Dari masa ke semasa abang sham mengembangkan perniagaan ini sampai la ke dunia telekomunikasi. Kini Pujangga Ilham Enterprise menjadi tulang belakang perniagaan abg sham. Celcom (M) Sdn Bhd adalah syarikat Kominukasi yang bertanggungjawab menaikkan nama Pujangga Ilham hingga kehari ini... Alhamdulillah berkat usaha selama ini PIE kini sudah boleh berdiri kukuh. Dengan kekuatan kakitangan yang ada PIE dibahagi kepada 2 Unit yang pertama adalah bahagian Operasi @ Office dan Bahagian Pemasaran. Tulang belakang kepada PIE adalah kakitangan pemasaran yang bergerak aktif dimana sahaja. Tanpa usaha semua PIE takkan dapat berdiri kukuh dengan Syarikat Telekomunikasi yang lain...

Kini PIE telah memperbagaikan perniagaan dengan adanya DR.BIOS 9000.. DR.BIOS 9000 adalah mesin terapi elektronik. Tugas DR.BIOS 9000 adalah memulihkan sebarang jenis penyakit (Dengan Izin ALLAH).. perkhidmatan ini dikenakan bayaran hanya RM2.00 untuk 30 minit atau rm3.00 untuk 1 jam.. Alhamdulillah dengan kebesaran Allah telah banyak pelanggan yang dapat dipulihkan tanpa sebarang kesan sampingan..

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
En. Baharuddin Bin Baharom
Pengurus Operasi PIE
012-4872736 & 013-5054210