Wednesday, March 20, 2013

Toyota Roadshow "Ultimate Power"

DJ Broadcasting

DJ Broadcasting

DJ Broadcasting

ASP and show Girl

ASP & Event Crew


ASP, Crew & Sale Advisor

Siri Jelajah Toyota

Assalamualaikum...

Siri jelajah Toyota kini kembali... ASP sekali lagi diberi kepercayaan untuk tahun ke 3 untuk mengemudi Jelajah Wilayah Utara jadual adalah seperti berikut...

7hb - 10hb March 2013 - Taiping Sentral Mall, Taiping Perak
14hb-16hb March 2013 - Star Parade Mall, Alor Setar Kedah
21hb-23hb March 2013 - C-Mart, Arau Perlis
4hb - 7hb April 2013 - Dataran Menara Condong Teluk Intan....

Crew Pujangga juga terlubat untuk Roadshow di AEON Manjung dan Tanjung Malim selain lokasi diatas...
Jom-jom kita ramai-ramaikan siri jelajah kali ini...

Saturday, March 2, 2013

Abg Sham Pujangga - ASP @ CayorFM

www.cayorfm.org

Assalamualaikum....

   Alhamdulillah... sejak bulan Ogos penubuhan CayorFM, ASP telah terpilih untuk membarisi barisan penyampai CayorFM...

   Pemilik penuh CayorFM, saudara Yop Aziz yang dahulunya merupakan Penyampai di THR.FM dan Perak,FM telah membangunkan rangkaian CayorFM. Diperingkat awal CayorFM beroperasi sebagai station Radio Internet dengan usaha dari masa kesemasa kami akan bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan CayorFM sebaris dengan rankaian radio frequensi yang terdapat diMalaysia. Harapan untuk menjadikan CayorFM sebagai station radio swasta Negeri Perak akan sama-sama kita rialitikan.

Segmen "BISIKAN CINTA" yang keudara setiap hari Khamis 9mlm-12mlm kendalian ASP merupakan segmen pilihan remaja dan dewasa yang sedang bercinta dengan berbagai Tip-tip Cinta, Alunan lagu Irama Cinta dan jua Madah-madah Cinta Kiriman pendengar...  ASP juga telah menampilkan penyampai baru bersama mengemudikan segmen... DJ Nisa merupakan anak didik ASP dengan alunan suara romantik beliau dan madah-madah cinta...

web CayorFM  www.cayorfm.org
Email - dj_asp@cayorfm.org

Ketika Di Konti CayorFM
Ketika Di Konti CayorFM

DJ ASP
Bersama yang hadir ketika temuduga
Skuad Ronda CayorFM
Skuad Ronda CayorFM




Abg Sham Deejay & Artis

Assalamualaikum...

Penumpuan Abg Sham kini adalah pada Event Management & Entertainment. Alhamdulillah kepercayaan yang abg sham dapat dari pelanggan abg sham tidak abg sham sia-siakan... Abg Sham buat sehabis baik untuk memastikan kepuasan pelanggan yang paling utama..
Untuk Event pertama abg sham handle adalah dengan Nassier Wahab. Event promosi oleh pemaju perumahan menjadikan Nassier Wahab sebagai artis jemputan pada haritu... Alhamdulillah abg Nassier nie memang sporting abis. senang keje dengan abg Nassier sbb tak cerewet. Dia pun enjoy haritu untuk show 1 jam abg Nassier nyanyi 10 lagu... tak sangka pulak pastu jer abg sham trus gila dengan lagu-lagu abg Nassier. dek kemaruk n jatuh cinta dengan lagu abg Nassier tak putus2 abg sham dok nyanyi lagu dia pas je show tu... hehhehe bukan aper rasa cam masuk jer vokal abg sham dengan sorang abg Nassier nie... hehhee...





Kepuasan Peminat dan pelanggan abg sham adalah yang paling utama jadi abg sham akan pastikan apa yang dorang nak akan di penuhi























Tahun 2013 - Tahun Mengejar kejayaan

Assalamualaikum...

Tahun 2013 merupakan tahun dimana ASP perlu mengorak langkah lebih jauh dari tahun-tahun yang sebelumnya. Kiranya kejayaan tahun menjadi kebanggaan rakan-rakan, tahun ini agar ianya menjadi lebih bermakna untuk ASP...

Setiap manusia yang berjuang pasti kejayaan adalah impian utama, begitu juga ASP, ASP akan jadikan tahun ini sebagai zon memecut lebih pantas... Insya Allah dengan kerjasama serta bantuan rakan-rakan ASP percaya segala impian akan menjadi kenyataan... ASP mempunyai beberapa target besar tahun ini... Insya Allah masa akan sampai kita akan kongsikan bersama... Dengan kekuatan yang ada pada diri sendiri serta bakat dan kebolehan yang Allah pinjamkan ini sama-sama kita nanti...

Doa serta sokongan rakan-rakan pasti membuatkan diri ASP lebih bertenaga dalam mengejar impian... Sesungguhnya setiap yang ASP lakukan mendapat sokongan penuh semua... Semoga ASP tidak tersasar dari sasaran dan mencapai segala impian...

Wassalam...

I'm Back...

Assalamualaikum...

Maaf la sebab ASP dah lama tak update... so ready ASP akan terus update ...

Sunday, April 24, 2011

Selamat Tinggal Kelab Kenari

Assalamualaikum...

Erm rasanya dah terlaksana tanggungjawab abg sham nak tambah ahli dah pun tercapai.. dari 3 keta sampai lah dah banyak.. Alhamdulillah.. mcm2 program dan mcm2 usaha abg sham buat nak sama2 menaikkan nama kelab.

Mungkin disebabkan niat murni abg sham dan memang dah sifat abg sham suka aktif secara langsung atau tak langsung ni menyebabkan ader ahli yang kurang selasa so abg sham mengambil keputusan untuk melangkah pergi... mungkin individu tersebut rasa tergugut tempatnya so mcm2 la yang jadi...

Bagi abg sham duit bukan boleh buat apa pun... dengan kelab nie duit keluar lagi banyak ader la.. abg sham tak pandai amik kesempatan pada sapa2.. kalau ader jawatan pun bukan boleh kemana pun... mcm tu ja.. apa guna jawatan tapi tak melaksanakan jawatan tersebut.. pada abg sham join kelab nie nak enjoy n tambah kawan tapi bila kepekaran disalah tafsirkan so abg sham pk baik quit jer... abg sham tak salah kan kelab atau mana2 ahli mungkin kehadiran dan kepakaran abg sham agak kurang sesuai untuk disalurkan ke kelab ini ...

Saat terakhir abg sham sms semua kawan2 info pengunduran abg sham nak semua tahu abg sham bukan lagi ahli kelab nie... tetapi kawan2 tetap kawan2 selamanya... kalau xtvt nama kelab abg sham takan join...


Maafkan abg sham kalau statement nie ader menyinggung mana2 pihak cuma abg sham meluahkan rasa hati nie... aper pun abg sham sentiasa diakan yang terbaik untuk kelab korang...

Best Of Luck...

Thursday, April 21, 2011

Abg Sham & Kenari... 3

Assalamualaikum...
(Family Day & 1st Anniversary)

1 May 2010, Abg Sham dan semua geng Kenari ke Teluk batik untuk sambut ulang tahun kelab yang pertama.. bersama2 keluarga utk hari keluar jugak la...
konvoi dari 2 region iaitu Northern dan Sentral berkumpul di Hutan Paya Bakau Sitiawan, kira2 30 buah kenari berkumpul dan bergerak ke Teluk Batik disana xtvt dan perjumpaan kami semua..
Program 2 hari 1 malam tu memang best sbb semua sporting dan enjoy sama2... antara xtvt kami selain konvoi petang nya kami adakan sukaneka keluarga, acara paling menarik adalah acara tarik tali pantai.... haahhaa abg sham sampai terbaring penat... malam pulak kami adakan BBQ dan Karaoke... hehhee tak lain tak bukan abg sham la DJ mlm tu... hehhee dah jadi tugas hakiki kat mana ja p mesti tak leh elak.... kami akhiri mlm kami dengan konvoi Malam ke Bandar Lumut....

Last lepas sarapan pagi dan siap2 nak gerak sblm tu kami adakan auto show dan fotoshoot... semua kenari yang cun melecun tu di pamirkan dan bergambar la kenang kenangan... Petang baru kami bergerak balik Kawasan masing2...
2

Abg Sham & Kenari... 2

Assalamualaikum...

Erm... pas abg sham dah join Kelab Kenari nie abg sham berusaha untuk meramaikan ahli kelab ni seramai yang mungkin.... kalau 6 bulan pertama dalam Wilayah Utara nie ade just 3 biji kenari je so abg sham dah berusaha sama2 rakan2 lain... hasilnya tak mengecewakan sbb dah bertambah sehingga 35 buah, tapi ader yang involve n ader yang just sms kenal2 cam tu jer.. at least ader gak bertambah.. kurang2 15 buah keta memang aktif..

Macam2 xtvt kami buat selain lepak2 sambil bagi flyers kami gi karaoke bersama2 dengan keluar... kami luangkan masa bersama untuk hilangkan kebosanan bertugas disiang hari
dalam kesibukan tugas kami habiskan masa malam dengan riadah... memang enjoy mcm nie


Selain dari XTVT tu kami pun ader hak turun KL untuk program Central, antaranya program Kebajikan... kami bergotong royong dengan Ahli Central untuk bersihkan kawasan Masjid kat Daerah Selayang, program bersama Jab Belia dan Belia 4B memang ok... pas abis tu kami berkumpul kat Putrajaya dan petang tu rasanya lebih 30 buah kenari berkumpul kat round about Dataran PutraJaya tu..


Selain program2 sblm nie kami tak lupa ziarah rakan2 atau ahli.. pada hari raya kami ziarah dan beraya kat umah kawan sampailah ke Pulau Mutiara kami punya konvoi nak bagi sama2 puas... memang best la korang

Untuk menambah lagi ahli, Abg Sham suggest buat program "KONVOI TOWN2TOWN" kami konvoi ikut jalan lama dari Taiping ke Ipoh... Antara Jalan2 kami.. Taiping, Changkat Jering, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Chemor dan Ipoh... Dari program ini dapat gak ahli baru... setiap bandar yang kami lalui kami akan berhenti seketika untuk bagi flyers..
Masa sampai di Chemor kami berehat dan berkelah bersama di Air Terjun Ulu Chepor, sempat gak BBQ ayam n makan ramai2 dengan bekalan yang dah sedia dari Taiping... Program nie turut disertai oleh kelab Kenari lain sama2 kami... lepas puas mandi manda kami gerak terus ke Ipoh ke Jusco main Bowling n makan bersama...

Program demi program abg sham cuba buat untuk sama2 enjoy dengan semua ahli...



Wednesday, April 20, 2011

Abg Sham & Kenari... 1

Assalamualaikum....

Erm... pas dah resign BSN dan dah jadi Businesman nie hehhe jadual dah tak seketat dulu... kalau dulu pagi2 dah kena kua umah skrg tak lagi sbb masa adalah hak kita...

Oleh sebab dah ader banyak masa lapang, so abg sham pun join bermacam-macam xtvt, itu la ini la... heehe bukan aper saja nak isi masa lapang... Abg Sham diajak join kelab kenari oleh seorang
rakan yang juga ahli kelab tersebut... hehehe mula2 tu malu la jugak sbb keta abg sham nie biasa ja,pastu borang pujuk punya pujuk abg sham pun join la...

Program pertama tu join dorang punya xtvt pada 27hb Oktober 2009, masa tu geng kelab dari Kuala Lumpur pun turun ke Taiping sbb esoknyer akan ke Kedah sbb nak raikan rakan Kelab yang mendirikan rumah tangga. Masa kat tepeng tu pagi2 lagi dah gi jumpa group konvoi dorang yang sampai kat homestay kat Bukit Gantang... First time jumpa dah ok n mesra dengan dorang .. biasa
lah abg sham kan deejay so kena la pandai sesuaikan dengan keadaan..

Hari petama tu kami gi picnik kat Burmess Pool Bukit Larut, hehhee buat otai plak gi tahan keta blok sana sini ... pastu round lake b bergambar... mlm plak ader program memancing n aper lagi abg sham bawak set karaoke la enjoy dengan kawan2.... hehehe

Hari kedua kami mula konvoi dari Bukit Gantang menuju ke Sg Petani, Kedah.. sampai kat satu stesen Petronas kami disambut oleh pengantin dan Konvoi Kelab Audio Utara.. wah wah wah... meriah betul... pastu konvoi kami trus ke rumah pengantin... mcm2 kami buat sampaikan bagi hadiah pertandingan pun kat umah pengantin.. masa tu heheh xder orang lain la abg sham jugak yang kena capai MIC... mcm biasa memeriahkan suasana adalah tugas abg sham...

Abis jer program kami bergerak balik meninggalkan pengantin ... sepanjang perjalanan atau konvoi kami tak putus2 orang honk la... amik gamba la... lambai laaa... biasa la kenarikan cantik.. so pengalaman ini memang best... last kami berhenti kat Bukit Merah salam2 dengan semua kawan sebelum berpisah antara geng Tepeng n KL... Dari hari tu lah abg sham join kelab nie...


ABG SHAM DEEJAY / MARSHALL

Abg Sham Key Dealer CELCOM...


Assalamualaikum....

Erm.. Sejak meninggalkan BSN, Abg Sham kini menumpukan pada kerjaya sebagai KEY DEALER CELCOM...

Dengan Celcom, abg sham seringkali mempromosikan produk-produk celcom, Plan Eksekutif, Plan 1 + 5, Celcom Broadband, semua tu dalam kepada ja... abg sham masih dgn customer service, hari2 bertemu pelanggan...

Jadual kini tak sama dulu, ader yang kena datang awal ader yang lambat... kekadang keje full day sampai malam... hahah tapi really enjoy.. promosi sana sini, bukan jer kat Tepeng, tapi Kuala Kangsar, Gerik, Lenggong, Ipoh n Merata la masa tu... semua nie untuk memastikan amaun masuk kat Akaun Semasa Company berlambak2 hahaha.... tiap masa abg sham ditemani staff yang rajin2... paling kurang 3 orang paling ramai penah sampai 6 hehehe.... tapi gaji tetap bayar... hahaha dulu kita keje dengan orang lani kita dah jadi majikan so tak leh main2...

Berselang seli abg sham ader gak buat event sebagai DJ untuk CELCOM.. yang nyata memang sejak 2005 dah jadi DJ dengan CELCOM... so aper lagi sambung jer trus...

Terima Kasih Celcom kerna membuka peluang utk abg sham dalam dunia perniagaan telekomunikasi... Celcom memang banyak bantu abg sham dari bawah sampai lah bergelar Key Dealer... Skrng nie call pun free... Broadband pun free... TQ TQ TQ CELCOM... MUKTAMAT CELCOM THE BEST

Selamat Tinggal BSN, Namun kau dihatiku selamanya...

Assalamualaikum ....

Disebabkan lama tak update so harini abg sham cite bende lama... hahha sori la ye..

Pada 27 Mei 2009, Abg Sham telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Bank Simpanan Nasional (BSN) oleh kerana terpaksa menumpukan pada bidang perniagaan...

Walaupun agak sukar diterima dan sedih namun abg sham terpaksa, ini adalah kerana tidak mampu untuk membahagikan masa antara tugas hakiki dan panggilan peluang perniagaan.

Abg Sham bersama BSN sejak 1996 hinggalah tarikh ini, terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan... banyak ilmu abg sham timba dari sana... dari seorang yang memang pemalu akhirnya bercakap tanpa ada noktah... hahaha.. meratalah la juga abg sham pergi dengan BSN... kenangan di BSN tak mungkin abg sham lupa sampai bila2... kerana BSN lah yang mematangkan abg sham dalam soal hidup dah kehidupan...

Dunia BSN penuh dengan warna... ada ketawa, ada sedih, ada geram, ada kecewa, ada gembira dan tak boleh lupa masa bertugas bersama rakan baik di Cameron Highlands MR SENTHIL KUMAR... his the best supervisor i have... tak pernah kering gusi abg sham... ketawa sampai nak roboh cawangan tu... hahaha... tapi bila sama2 dan kena tukar semua hilang dan berganti tapi tetap tak sama....

Boleh dikatakan Abg Sham agak dikenali di BSN sbb tiap kali Dinner, Family day or aper je Event BSN sure Abg Sham Terlibat... aper pon memang best tak pernah tolak... Ramai yang kenal abg sham waktu cawangan Cameron Highlands.. hahhaa....

Abg Sham mendirikan rumahtangga pun masa keje BSN Cameron, masa tu banyakk buat part time... hahhaa kira berwang la masa tu... kalau nak ingat balik memang tak cukup masa nak citer sbb banyak sangat....

Langkah terakhir Abg Sham adalah di BSN Cawangan Selama, Perak... setelah berulang 2 tahun setengah abg sham rasa tiba masa untuk beralih arah kepada dunia perniagaan... Abg Sham amik keputusan untuk meletakkan jawatan di BSN dengan keadaan hati yang sangat sedih meninggalkan BSN yang banyak membawa kenangan pada abg sham serta kawan2 yang dah macam adik beradik...

Walaupun Abg Sham dah tak menyarungkan pakaian BSN namun BSN tetap dihati... Abg Sham masih bersama BSN kali ini membantu BSN dari Persembahan dan Event2 BSN... InsyaAllah selagi terdaya abg sham akan buat yang terbaik utk BSN... Doa dah harapan Abg Sham agar BSN terus maju setanding bank2 yang lain...

BSN... YOU CAN DO IT...


All The best

Hah!! Lama tak bersua..

Assalamualaikum...

Lama betul tak bukak Blog nie sbb dok layan Facebook je... hehhee sampai terlupa nak update kat Blog nie... InsyaAllah dari masa ke semasa abg Sham akan Update Blog nie hehehe... kat sini abg sham nantikan citer2 yang terlepas nak kongsi dan citer2 terbaru tentang abg sham... hehehhe.. tungguuuuu...