Wednesday, April 20, 2011

Selamat Tinggal BSN, Namun kau dihatiku selamanya...

Assalamualaikum ....

Disebabkan lama tak update so harini abg sham cite bende lama... hahha sori la ye..

Pada 27 Mei 2009, Abg Sham telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Bank Simpanan Nasional (BSN) oleh kerana terpaksa menumpukan pada bidang perniagaan...

Walaupun agak sukar diterima dan sedih namun abg sham terpaksa, ini adalah kerana tidak mampu untuk membahagikan masa antara tugas hakiki dan panggilan peluang perniagaan.

Abg Sham bersama BSN sejak 1996 hinggalah tarikh ini, terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan... banyak ilmu abg sham timba dari sana... dari seorang yang memang pemalu akhirnya bercakap tanpa ada noktah... hahaha.. meratalah la juga abg sham pergi dengan BSN... kenangan di BSN tak mungkin abg sham lupa sampai bila2... kerana BSN lah yang mematangkan abg sham dalam soal hidup dah kehidupan...

Dunia BSN penuh dengan warna... ada ketawa, ada sedih, ada geram, ada kecewa, ada gembira dan tak boleh lupa masa bertugas bersama rakan baik di Cameron Highlands MR SENTHIL KUMAR... his the best supervisor i have... tak pernah kering gusi abg sham... ketawa sampai nak roboh cawangan tu... hahaha... tapi bila sama2 dan kena tukar semua hilang dan berganti tapi tetap tak sama....

Boleh dikatakan Abg Sham agak dikenali di BSN sbb tiap kali Dinner, Family day or aper je Event BSN sure Abg Sham Terlibat... aper pon memang best tak pernah tolak... Ramai yang kenal abg sham waktu cawangan Cameron Highlands.. hahhaa....

Abg Sham mendirikan rumahtangga pun masa keje BSN Cameron, masa tu banyakk buat part time... hahhaa kira berwang la masa tu... kalau nak ingat balik memang tak cukup masa nak citer sbb banyak sangat....

Langkah terakhir Abg Sham adalah di BSN Cawangan Selama, Perak... setelah berulang 2 tahun setengah abg sham rasa tiba masa untuk beralih arah kepada dunia perniagaan... Abg Sham amik keputusan untuk meletakkan jawatan di BSN dengan keadaan hati yang sangat sedih meninggalkan BSN yang banyak membawa kenangan pada abg sham serta kawan2 yang dah macam adik beradik...

Walaupun Abg Sham dah tak menyarungkan pakaian BSN namun BSN tetap dihati... Abg Sham masih bersama BSN kali ini membantu BSN dari Persembahan dan Event2 BSN... InsyaAllah selagi terdaya abg sham akan buat yang terbaik utk BSN... Doa dah harapan Abg Sham agar BSN terus maju setanding bank2 yang lain...

BSN... YOU CAN DO IT...


All The best

No comments: